Saturday, May 2, 2015

7 Tips Berjaya Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
7 Tips Berjaya Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

1. Berniaga untuk akhirat
2. Berniaga untuk beri manfaat pada orang lain
3. Bersedia untuk dibantu
4. Fokus sebelum mempelbagaikan perniagaan
5. Jangan mudah putus asa
6. Kejayaan perlukan masa
7. Yakin pada diri sendiri

Friday, May 1, 2015

The power of ISTIGHFAR - PENGHAPUS DOSA




Maha Suci Allah, Ya Rahman Ya Rahim
the power of ISTIGHFAR - PENGHAPUS DOSA
Astaghfirullah hal Azim. 
( Aku mohon keampunan daripada Allah yang Maha Agung )
1. setiap dari kita, SETIAP SEORANG DARI KITA di muka bumi ni takkan terlepas dari membuat dosa. baik sengaja atau tidak, sama ada dosa besar maupun sekecil2nya. oleh itu sentiasalah kita istighfar. sbb Allah telah berfirman, “Wahai hamba-hambaKu, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepadaKu, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahawa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).” Riwayat Ibnu Majah, Tirmidzi
2. ya, sedar tak sedar setiap hari kita ni buat dosa. kat pejabat, kat umah, kat petrol pam, kat gym, kat kedai 7-eleven, kat mana2 pun. tgh cakap ngan mak pun boleh buat kita berdosa tanpa kita sedar. Rasulullah bersabda, ”Setiap anak Adam pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang segera bertaubat.”(HR.Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim).
3. istighfar juga mampu menyelesaikan setiap masalah dan kesulitan. mudah utk dihafal dan diucapkan tapi punya kelebihan yang hebat. Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah bersabda, “Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)
4. berapa banyak kali kita nak beristighfar ni? Rasulullah bersabda "Aku beristighfar, aku bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali" (HR. Bukhari), dan ada dalam riwayat yang lain 100 kali "“Wahai sekalian manusia. Taubatlah (beristigfar) kepada Allah karena aku selalu bertaubat kepada-Nya dalam sehari sebanyak 100 kali.” (HR. Muslim) 
5. namun ikutlah kemampuan masing2. lebih banyak lebih baik. kalo ikutkan kita istighfar dari kita start enjin kereta smp la kita dekat parking ofis, sedar tak sedar kita dah byk kali istighfar. mgkn lebih dari 100 kali insyaAllah. lagi jauh tempat keje lagi byk kita dpt istighfar. wallahualam.
p.s jgn pandang remeh dgn kelebihan istighfar ni. selamat beramal

Sunday, February 8, 2015

Kebaikan Susu Ibu

Kebaikan Susu Ibu
Kebaikan Susu Ibu
Kebaikan Susu Ibu 

 1. Susu ibu jimat. Bayangkan 1 tin susu RM50. Seminggu habis 1 tin. Sebulan RM200.
2 tahun usia anak dah spend RM4800. Jika belikan isteri pam susu RM500 sudah pun banyak yang dijimatkan.

 2. Susu ibu mengandungi semua nutrien dan susu formula hanya mencopy paste nya di mana bagi setiap produk akan berbeza nutrien. Semestinya pilih yang original iaitu susu ibu yang penuh nutrien yang diperlukan

 3. Setiap mamalia menyusukan anak dan asas susu formula ialah susu lembu atau mungkin susu soya. Kelebihan manusia untuk menyusukan anaknya, jadi semua bapa mesti sokong pilihan isteri untuk menyusu.

 4. Senang minum susu ibu tak payah bawa air panas atau bangun tengah malam dan bancuh susu. Hehe. Yang paling penting bonding antara ibu dan anak ketika menyusu, menyebabkan kasih sayang yang mengalir itu ERAT. Kasih sayang yang tiada bandingan. 

Sunday, September 7, 2014

Pantun Pengantin Baru

Pantun Pengantin Baru
Pantun Pengantin Baru
Beli gula di pekan baru
Berbalut kertas merah kuning
Sila-sila pengantin baru
Dua sejoli jalan berganding

Di dalam dulang berisi sagu
Sagu dimakan burung merpati
Jangan bimbang jangan ragu
Hidup baru kini menanti

Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri

Kain songket halus tenunan
Dibawa orang masuk ke kota
Sudah bertemu dengan pasangan
Laksana cincin dengan permata


Laksamana cergas dan tangkas
Cukup berilmu dengan gurunya
Ibarat dakwat dengan kertas
Sudah bertemu dengan jodohnya

Padang temu konon namanya
Tempat kuda berlari-lari
Sudah bertemu dengan jodohnya
Bagai cincin lekat di jari.


Bunga manggar di kanan kiri
Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru raja sehari
Tambah berseri dengan hiasan

Harum semerbak bunga rampai
Sekuntum mawar sudah disunting
Duduk keliling tetamu yang ramai
Melihat pengantin duduk bersanding

Bunga anggerik jual di pekan
Tumbuhnya rendang di atas para
Silalah tuan para jemputan
Sudi kiranya menjamu selera

Selendang mayang selendang batik
Batik dari Surabaya
Makin dipandang bertambah cantik
Naik seri dengan cahaya

Ikan gelama ikan tenggiri
bersama dengan ikan cencaru
Bersama-sama kami ke mari
Hendak meraikan pengantin baru

Buah rambai tumbuh dihutan
Dihujung ranting buahnya lebat
Mari beramai kita doakan
Semoga majlis mendapat berkat

Untuk santapan para tetamu
Lauk pauk nasi beriani
Sekali ini kita bertemu
Sudilah menjamah hidangan kami


Cantiknya burung cenderawasih
Terbang sekawan di hari petang
Kami ucapkan terima kasih
Kepada tuan yang sudi datang


Sungguh harum bunga rampai
Dibawa orang ke tengah balai
Sanak saudara sahabat handai
Datang meraikan dua mempelai

Yang jauh sudahlah dekat
Sudah dekat bersalam-salaman
Kami berdoa semoga berkat
Menempuh hidup di dalam aman

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya jauh tidaklah dekat
Dahulu seorang sekarang berdua
Baik-baik duduk berpakat

Kain baldu kain bertekat
Dibawa orang dari Melaka
Sudah berpadu kata sepakat
Kalau jodoh bertemu juga


Mawar merah di atas peti
Bunga melur saya kalungkan
Tuan rumah berbesar hati
Apa yang kurang mohon maafkan


koleksi zurinah hassan






Pantun semasa pengantin tiba:

Orang ke laut menjala Udang, Petang hari pasang pelita,

Yang ditunggu sudah pun datang, Yang dinanti sudah pun tiba.



Tanam serai berumpun-rumpun, Disiram air setiap hari,

Lemah gemalai hayun tersusun, Maklum lah dipanggil raja sehari.





Pantun selamat datang

Buah pauh mari di kerat, Alamat petang boleh dimakan

Pada yang jauh dan juga dekat, Selamat datang kami ucapkan



Pijat mati disarang kerengga, Anak Murai saja berlari

Hajat hati sekelian keluarga, Hendak merai raja sehari





Pantun selamat

Tetak buluh panjang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat,

Rafak susun jari sepuluh, Minta doa biar selamat



Pantun semasa tepung tawar

Orang jauh dikenang-kenang, Hanya terkenang pada yang satu,

Mula berkenalan kemudian bertunang, Akad dilaksana sama bersatu



Anak Cina mengail patin, Mengail patin di tepi titi

Senyum terukir pasangan pengantin, Tanda gembira penuh di hati



Pantun makan beradab

Puan dibawa ke Gunung Ledang, Dibawa dengan penuh beradab

Pinggan mangkuk telah terhidang, Kini masa makan beradab.



Semerbak bunga seroja, Dibelai dara pingitan

Lauk pauk penuh semeja, Jemput semua menikmati hidangan



Berdua mencari renda, Dapat satu di Inderagiri

Doa dari ayahanda bonda, Agar Masjid kekal berdiri



Pantun penutup

Tanam pisang tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuknya mati,

Budi semua tak kami lupa, Sudah terpaku di dalam hati



Tuan puteri tersenyum-senyum, Melihat laksamana bermain rodat,

Senyum-senyum jangan tak senyum, Sudah sempurna segala adat





Pantun terima kasih

Memang pipit memakan padi, Telah lagi diberi beras,

Bukan sedikit tuan-tuan berbudi,  Budimu tuan sukar dibalas



Nasi putih nasi lemak,  Sajian makanan di waktu pagi

Terima kasih banyak-banyak,  Sudi bertandang ke majlis kami.



Kalau tidak kerana bulan, Tidak bintang terbit pagi,

Kalau tidak kerana tuan, Tidak majlis sepermai ini.



Hari ini menugal jagung, Hari esok memintal tali

Hari ini kita berkampung, Meraikan mempelai dua sejoli.



Anak Cina memasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Selasih

Pasangan pengantin segak melangkah, Mara menuju mahligai kasih



Tiup serunai di atas kota, Uda memupuk bunga melati

Mula kenal kemudian bercinta, Cinta tersemai di dalam hati



Pantun usik mengusik di majlis perkahwinan

Sudah lama langsatnya condong, Barulah kini batangnya rebah.

Sudah lama niat dikandung, baru sekarang diizinkan Allah.



Orang membelat di tepi pantai, Banyak dapat ikan tembakul.

Yang kami hajat sudah tercapai, Yang kami doakan sudah terkabul.



Asal dari Bukit Siguntang, Kisah hikayat tidak terperi

Kami mengucap selamat datang, Hadir tuan menambah seri



Bagai ruas dgn buku, Bagai daging dgn kuku

Hidup di air satu perahu, Di darat satu kelambu



Menitis peluh merentas ladang, Hati-hati menjejak kaki,

Sebaik saja sajian dihidang, Sudilah Tuan-Puan persilakan diri.



Beli titi kayu belian, Belian dibeli dari ulu,

Minta sudi lah hadirin sekalian, Jgn segan jgn malu


Thursday, September 4, 2014

Kisah Pengasas Felinna Beauty Sebelum Berjaya

Pengasas Felinna Beauty
1 September 2011

1.Mas kahwin RM 555 (xdak duit hantaran)
2.Katering RM8 x 700pax(tak mampu panggil ramai) 
3.hantaran/pelamin/baju
4.Cincin RM 500/sepasang brand Diamoney.
5.Kad kawin berapa sen x ingat.
6.Photographer sponser dari member2 photographer.

Sumber kewangan --> RM6000 dari Abah hj Ramli dan juai kamera yg digunakan utk kerja RM 3800(5DM2)

Apa lagi yea..itu je kot..haha duit simpanan mmg tarak. Habes cover bisnes lama yg 'lingkop'.

Alhamdulillah. 3 tahun lepas punya cerita. Berhempas pulas. Menangis. Bergaduh. Terkenang plak tiba2.

Kadang2 bila bersembang dua org. Kami bersyukur kerana xdak duit yg banyak time tu..so kahwin pon ala kadar. Pandai plak si isteri recycle dan jimat kos yang mana boleh. 

Before married mmg risau sbb takot si isteri ni high maintenance. Haha.

Tp syukurlah dia sanggup terima seadanya dan sanggup ikot balik dok di desa tercinta.Baling Kedah. Bagi memenuhi kehendak mak dan abah yg nak anak lelaki bongsu dia dok di Baling. Dekat dengan depa.

Memulakan kehidupan baru di Baling dgn tiada apa2 pekerjaan adalah kenangan manis yg akan sentiasa kami ingat. Mujurlah dgn bantuan abah dan mak/ abah mertua yg banyak memberi sokongan. Tetapi hidup cukup2 lah. Segan meminta. Dah banyak habiskan duit depa. Wedding di Baling lagi lah.. Fully sponsored. Duit dlm bank zero sampai password acc pon x ingat dah. Aduhai.

Syukur syukur. Allah bagi rezeki tanpa di sangka sangka kan. Nak kata pandai meniaga tak lah. Strategi semua org boleh buat. Tapi berapa banyak Allah nak luluskan plan kita tu? Dia sahaja lah yg berhak.

Rasa lagi best bila ramai yg jadikan kami sebagai contoh utk kata2 khidmat "tiada yg mustahil utk dicapai klau kita berusaha". Dgn lahirnya ramai peniaga peniaga hebat sekarang. Khususnya di Baling ni sendiri. Btol, x mustahil pon. Ada yg asal berniaga cukup2 makan di Pasar Malam pon dah hampir jadi jutawan sekarang. 

Monday, September 1, 2014

10 Petua Memekatkan Air Mani Lelaki

10 Petua Memekatkan Air Mani Lelaki
1. Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isi padu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari, air mani lebih mantap. 

2. Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani. 

3. Lakukan senaman secara berkala. Lakukan senaman kegel atau kemut, iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing. 

4. Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak, tinggi khasiat protein, sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani. Kurangkan makanan pedas dan berempah. 

5. Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan kilang sperma. Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek ‘boxer’ dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas. 

6. Kurangkan berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormon testosterone. 
7. Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertakafur kerana tekanan memberi kesan negatif kepada kesihatan badan. 

8. Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isi padu air mani yang lebih.

9. Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani dan bilangan sperma. Kekacang membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan kilang sperma.

Herba Horny Goat Weed atau Epimedium, Tribulus dan extrak standard Tongkat Ali (NU-PREP75) semuanya dapat membantu meningkatkan tahap hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma. Semua ini boleh didapati dari farmasi. 

10. Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecergasan pundi yang menghasilkan air mani.
Jika lakukan seks sebelah malam, tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang, jadi pengeluaran air mani juga kurang.


PS : bawang + madu + telur...  bawang SERIUS dapat memekatkan air mani...  madu & telur terbaik untuk menambah tenaga diranjang :D

Monday, August 25, 2014

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Doa Selepas Akad Nikah
Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.


Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?