Wednesday, October 23, 2013

Tips Bisnes Borong Di Vietnam



Tips Borong Vietnam
 Tips Bisnes Borong Di Vietnam khas bagi yang berminat bisnes, Vietnam adalah syurga bagi anda untuk memborong untuk dijual secara online & juga offline. 
Bisnes Borong Vietnam
Berikut ialah saya senaraikan barang yang anda boleh borong di vietnam :

- Baju kurung manik (yang ini paling ramai borong)
- Jubah Manik & Sulam (yang ni ramai peniaga wanita suka borong)
- Jubah Lelaki (anda boleh bawa design sendiri untuk mereka buat contoh "Jubah Raihan" paling popular)
- Beg Outdoor (yang ni ramai peniaga lelaki borong sebab nampak macho borong ni & harga murah juga dari pasaran dengan kualiti yang AAA)
- Telekung Sulam
- Kain Pasang
- Pakaian Siap Lelaki
- Pakaian Siap Kanak-Kanak
- Beg Kulit
- Beg Tangan
- Aksesori Wanita



Borong Kain Vietnam
Tahukah anda di Vietnam saya seringkali berjumpa dengan orang Malaysia. Vietnam sudah jadi bandar Malaysia kot... Jalan dimana-mana pasti jumpa orang Malaysia! 

Kerana ramainya orang Malaysia ke Vietnam, orang Vietnam pun sudah ramai belajar bahasa Malaysia dan ramai yang boleh berbahasa Malaysia! Ini suatu yang mengejutkan saya :)

PS : Awek yang bergambar dengan saya ni sangat fasih berbahasa Malaysia siap bagi Wechat suruh add supaya senang deal bisnes... :)

Friday, September 20, 2013

Kisah Menarik Pengasas Felinna Beauty

Pengasas Felinna Beauty


Gambar Pengasas Felinna Beauty 
Kisah menarik pengasas Felinna Beauty

Ini kisah sedih ketika saya mahu berkahwin ..

Sebab xda duit punya pasal masa tu bertunang kami hantaran cuma biskut yg harga rm 3.50 mug rm 1.90 and frame gambar yg ada kat studio diguna semula.. baju? beli yg murah n jahit sendiri buat bg cantik manik2.. 

masa nak kahwin pun best..suami jual camera.. kami tersadai di petrol station sbb kehabisan minyak n wang (seperti iklan tvc Felinna).. xtahu mna nak cari..hingga orang bayar duit camera.. tapi kami both cool je.. sbb apa sbb kami tahu n sentiasa memperingati sesama sendiri "kita akn dapat hadiah yg lebih besar nanti"

Dulu ramai cakap kenapa saya ambil keputusan berkahwin pada usia 24tahun sedangkan kewangan xcukup, karier masih xstabil and saya masih muda. Ikutkan nafsu syaitan mmg sayang nak tinggal zaman solo..tapi memikirkan yg berumahtangga itu keberkatan nya banyak pahala pun berganda.. saya sanggup hadapi risiko walau xada duit bersama suami.. 

saya tinggalkan kisah gembira hidup solo dahulu kala.. saya tinggalkan semua kisah silam utk menjadi seorang isteri dan tinggal bersama suami n kelurga di baling. Walau orang cakap Baling pendalaman tapi bg saya ia tempat yg cukup indah dengan orang2 yg baik2 semuanya.. 

Bagi saya untuk mendapat yg baik kita kena jadi baik.. Allah memberi mengikut apa yg hambanya beri... 
Kalau nak berjaya banyaklah berdoa.. walau kami hidup sederhana dulu tp kami tetap bahagia and bersyukur.. 

Kunci pada kejayaan adalah syukur dan hijrahlah kepada yg baik untuk mendapat yg lebih baik... 

Cerita ini untuk pengajaran bersama agar anda tahu yg Allah mendengar rintihan hambanya.. jangan mengeluh akan nasib diri.. berdoalah...

Alhamdulillah percaturan saya xsilap.. Allah maha mengetahui akan segalanya...

Sunday, September 8, 2013

Karaoke Di K-11 Box Karaoke & Entertainment Kuching Sarawak


K-11 Box Karaoke Pending & The Hills
K11 Karaoke Pending & The Hills Harga
K-11 Box Karaoke Pending & The Hills
Di hari minggu saya telah karaoke di K-11 Box Karaoke & Entertainment Kuching Sarawak untuk membuat latihan vokal memandangkan Akademi Fantasia 10 2013 telah bermula jadi demam untuk karaoke mula melanda...
K-11 Box Karaoke Pending & The Hills

K-11 Box Karaoke Pending & The Hills
Jadi saya telah membawa kazen2 saya untuk keluar melontarkan suara bersama-sama karaoke di K11 Karaoke & Entertainment Pending memandangkan K11 Karaoke & Entertainment The Hills penuh, maklumlah hari remaja memang penuh aje tempat karaoke ni...

Bilik disini tampak lebih "Eksklusif" & "Luas" dan berbanding dengan Kbox Embassy The Spring Kuching Sarawak yang agak "Kecil" dan ala-ala "Remaja" yang "Funky".


PS : Rasa nak buat satu bilik khas untuk Karaoke lah... Macam menarik je design bilik kat sini...

Sunday, September 1, 2013

Karaoke Di Kbox Embassy The Spring Kuching Sarawak

Karaoke Di Kbox Embassy The Spring Kuching Sarawak
Saya berkesempatan untuk Karaoke Di Kbox Embassy The Spring Kuching Sarawak untuk membuat latihan vokal kerana memang saya gemar untuk menyanyi. 

 Kbox Embassy The Spring Kuching Sarawak 

Jadi saya mengambil keputusan untuk memilih Kbox Embassy The Spring untuk melepaskan bakat yang terpendam selepas berkali-kali pusing di Kuching mencari tempat karaoke yang sesuai tapi semua penuh. 



Antara tempat yang saya survey ialah Track7 Karaoke di Pullman,  K11 Karaoke di The Hills, Pop Wave di Padungan namun semua penuh. Akhirnya kami terus ke Kbox Embassy The Spring.



Yang agak sedihnya saya dapat bilik yang agak kecil & tidak dapat ditukar kerana "fully booked" memandangkan hari sabtu adalah "hari remaja" menurut kata pekerja di kaunter tersebut. 
Harga Kbox Embassy The Spring Kuching Sarawak
PS : Menurut rekod ini ialah kali kedua dalam seminggu saya ke sini. Yang gambar baju merah ialah gambar selepas karaoke pada beberapa hari lepas. Hehe memang kaki karaoke betul~


Friday, August 30, 2013

Sambut Hari Jadi Di Pizza Ria @ Kubah Ria

Pizza Ria @ Kubah Ria & Kek dari Secret Recipe Satok Kuching
Saya berpeluang untuk Sambut Hari Jadi cousin saya di Pizza Ria @ Kubah Ria dan ternyata makanan yang saya paling gemari disini ialah Spaghetti dan Pizza... 
Pizza Ria @ Kubah Ria
Sebelum sambut hari jadi kami sempat singgah sebentar untuk membeli kek di Secret Recipe Satok Kuching... Cara kami memilih ialah pilih kek yang paling sedikit tinggal "Slice" nya, maknanya kek itu paling laku!
Pizza Ria @ Kubah Ria
Dan paling istimewanya memang betul! Yang kami pilih merupakan kek yang paling sedap menurut cashier di Secret Recipe Satok Kuching tersebut hehe... Strategi yang berjaya! Yosh!

Monday, August 5, 2013

Berbuka Puasa di Kenny Rogers Roasters Boulevard Shopping Mall Kuching Sarawak



Kenny Rogers Roasters Boulevard Shopping Mall Kuching Sarawak
Saya berpeluang Berbuka Puasa di Kenny Rogers Roasters Boulevard Shopping Mall Kuching Sarawak sebab shopping raya disini... Antara tempat yang best shopping disini ialah Kamdar & Peace... Sempat menyambar songkok raya disini... Hehe
Berbuka Puasa di Kenny Rogers Roasters Boulevard Shopping Mall Kuching Sarawak
Oraits berbalik kepada cerita nak berbuka puasa, nak dijadikan cerita... Mula-mulanya saya nak ke SugarBun & KFC tapi nampaknya mereka tidak menawarkan "Sistem Booking" alasannya kena order terus dan makan...Mana boleh makan teruskan, lagipun mesti lauk akan jadi sejuk kalau order awal dan saya nak ronda2 dulu shopping sebelum makan... Jadi saya teruslah bawa keluarga ke Kenny Rogers Roasters dan "booking". 

Kan dah rugi sebab tak buat sistem booking... Bukan keluarga saya sahaja yang terus berpindah ke Kenny Rogers Roasters, ramai keluarga lain turut buat begitu... Ketika saya sedang menjamu selera di Kenny Rogers Roasters...Dapat dilihat ramai tengah berbaris menunggu di kaunter KFC & Sugarbun... Sedih pula tengok tak ada yang nak hulurkan kurma & air untuk mereka berbuka... Haish~ 


Muffin Kenny Rogers Roasters Boulevard Shopping Mall Kuching Sarawak
Apa2 pun saya memang berpuas hatilah dengan servis dan makan di Kenny Rogers Roasters Boulevard Shopping Mall Kuching Sarawak... Saya juga pernah Berbuka Puasa di Kenny Rogers Roasters The Spring Kuching Sarawak 

PS : Muffin Pandan sedap woo~ 

Entri berkaitan --> Sejarah Kenny Rogers Roasters 


Tuesday, July 30, 2013

Berbuka Puasa di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Ramadhan Buffet


Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Ramadhan Buffet - Saya & Ayah

Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Ramadhan Buffet - Mak & Adik
Saya berkesempatan untuk berbuka puasa di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Ramadhan Buffet dan menikmati pelbagai jenis juadah seperti Kambing, Ayam Percik, Satay, Shawarma , Cucur Udang, Nasi Arab, Chinese Kompia dan pelbagai lagi… Tak muat nak tulis sebab terlalu banyak juadah disediakan…


Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Ramadhan Buffet - Lauk
Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Ramadhan Buffet - Syurga Coklat

Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Ramadhan Buffet - Roasted Whole Lamb With Condiment

Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Ramadhan Buffet - Ice Kacang with Condiment

Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Ramadhan Buffet - Linut & Bubur Som Som

Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Ramadhan Buffet - Shawarma with Pita Bread

Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Ramadhan Buffet - Fried Kueh Teow

Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Ramadhan Buffet - Satay

Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Ramadhan Buffet - Ayam Percik Bakar

Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Ramadhan Buffet - Chinese Kompia with Chicken

Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Ramadhan Buffet - Cake Heaven

Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Ramadhan Buffet - Cucur Udang

Yang paling menarik ialah Linut & Bubur Som Som iaitu makanan tempatan di Sarawak… Siapa tidak cuba memang rugilah…

Harga bagi Ramadhan Buffet Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) ialah RM75 bagi dewasa dan kanak-kanak 5 tahun hingga 12 tahun ialah RM30


Harga Ramadhan Buffet Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) 
Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) terletak di Kuching, Sarawak adalah konvensyen yang pertama dibina khas bagi tujuan pusat pameran di Borneo. Ia terletak 8 km dari pusat bandar, ia bertujuan untuk mengatur dan menarik konsert tempatan dan antarabangsa, acara, pameran dan konvensyen ke Sarawak. 

Monday, July 29, 2013

Berbuka Puasa di Kenny Rogers Roasters The Spring Kuching Sarawak

Kenny Rogers Roasters The Spring Kuching Sarawak
Saya berpeluang berbuka puasa di Kenny Rogers Roasters The Spring Kuching Sarawak. Pekerjanya friendly dan lagu lama yang dimainkan mengamit kembali kenangan lalu... KLMJ = Kenangan Lalu Mengusik Jiwa :)
Makan di Kenny Rogers Roasters The Spring 
Kenny Rogers Roasters adalah satu rangkaian restoran ayam yang diasaskan oleh penyanyi terkenal Kenny Rogers dan bekas Gabenor Kentucky iaitu John Y. Brown, Jr,


Kenny Rogers Roasters The Spring


Kenny Rogers Roasters Special Menu at The Spring Kuching Sarawak

Makanan saya di Kenny Rogers Roasters The Spring Kuching Sarawak
Tahukah anda Gabenor Kentucky iaitu John Y. Brown, Jr juga memiliki Kentucky Fried Chicken 1964-1971. Selepas menutup semua operasi di Amerika Syarikat, Kenny Rogers Roasters kini hanya beroperasi di Asia. 

Lokasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat terakhir ialah pada Ontario Mills, California, yang ditutup pada 2012.

Saturday, July 20, 2013

The Summer Shopping Mall aka The Summer Lagoon

The Summer Shopping Mall & The Summer Lagoon
The Summer Shopping Mall yang beroperasi pada 2013 menempatkan taman hiburan yang hebat yang bertaraf dunia iaitu "Summer Lagoon" Taman Tema Air yang pertama di Borneo!
The Summer Lagoon Waterpark
The Summer Mall mempunyai 3 tingkat yang terdiri daripada sebuah pasar raya besar ditubuhkan dan kedai, panggung wayang, anda boleh mendapati pelbagai kedai yang menjual tudung, baju fesyen terkini , makanan dan minuman, hiburan. The Summer Mall  menyediakan 1,400 tempat letak kereta.
The Summer Shopping Mall Map
Kemudahan lain yang ditawarkan ialah  lif, panggung wayang, tempat letak kereta, eskalator dan banyak lagi.
Gambar The Summer Shopping Mall

The Summer Shopping Mall Verano Picnic

The Summer Shopping Mall Verano Picnic Juice Bar

The Summer Shopping Mall Verano Picnic


The Summer Shopping Mall Verano Picnic

Ia terletak bersebelahan dengan pusat pendidikan dan perubatan pusat Kuching, Samarahan. Disini sangat berdekatan dengan kawasan pendidikan seperti Uitm, Unimas & IPG Kampus Tun Abdul Razak.
Ferrari  The Summer Shopping Mall

Maserati GranTurismo & Ferrari  The Summer Shopping Mall

PS : Jadi senang para pelajar untuk membeli belah ataupun dating hehe