Friday, September 20, 2013

Kisah Menarik Pengasas Felinna Beauty

Pengasas Felinna Beauty


Gambar Pengasas Felinna Beauty 
Kisah menarik pengasas Felinna Beauty

Ini kisah sedih ketika saya mahu berkahwin ..

Sebab xda duit punya pasal masa tu bertunang kami hantaran cuma biskut yg harga rm 3.50 mug rm 1.90 and frame gambar yg ada kat studio diguna semula.. baju? beli yg murah n jahit sendiri buat bg cantik manik2.. 

masa nak kahwin pun best..suami jual camera.. kami tersadai di petrol station sbb kehabisan minyak n wang (seperti iklan tvc Felinna).. xtahu mna nak cari..hingga orang bayar duit camera.. tapi kami both cool je.. sbb apa sbb kami tahu n sentiasa memperingati sesama sendiri "kita akn dapat hadiah yg lebih besar nanti"

Dulu ramai cakap kenapa saya ambil keputusan berkahwin pada usia 24tahun sedangkan kewangan xcukup, karier masih xstabil and saya masih muda. Ikutkan nafsu syaitan mmg sayang nak tinggal zaman solo..tapi memikirkan yg berumahtangga itu keberkatan nya banyak pahala pun berganda.. saya sanggup hadapi risiko walau xada duit bersama suami.. 

saya tinggalkan kisah gembira hidup solo dahulu kala.. saya tinggalkan semua kisah silam utk menjadi seorang isteri dan tinggal bersama suami n kelurga di baling. Walau orang cakap Baling pendalaman tapi bg saya ia tempat yg cukup indah dengan orang2 yg baik2 semuanya.. 

Bagi saya untuk mendapat yg baik kita kena jadi baik.. Allah memberi mengikut apa yg hambanya beri... 
Kalau nak berjaya banyaklah berdoa.. walau kami hidup sederhana dulu tp kami tetap bahagia and bersyukur.. 

Kunci pada kejayaan adalah syukur dan hijrahlah kepada yg baik untuk mendapat yg lebih baik... 

Cerita ini untuk pengajaran bersama agar anda tahu yg Allah mendengar rintihan hambanya.. jangan mengeluh akan nasib diri.. berdoalah...

Alhamdulillah percaturan saya xsilap.. Allah maha mengetahui akan segalanya...

1 comment:

  1. kisah teladan untuk kita semua, rezeki akan bertambah selepas berumahtangga. Salam perkenalan dari kami; pengguna dan pengedar berdaftar supplement semulajadi yang terbukti berkesan di pasaran insyaAllah www.jombahagia.blogspot.com

    ReplyDelete