Friday, September 20, 2013

Kisah Menarik Pengasas Felinna Beauty

Pengasas Felinna Beauty


Gambar Pengasas Felinna Beauty 
Kisah menarik pengasas Felinna Beauty

Ini kisah sedih ketika saya mahu berkahwin ..

Sebab xda duit punya pasal masa tu bertunang kami hantaran cuma biskut yg harga rm 3.50 mug rm 1.90 and frame gambar yg ada kat studio diguna semula.. baju? beli yg murah n jahit sendiri buat bg cantik manik2.. 

masa nak kahwin pun best..suami jual camera.. kami tersadai di petrol station sbb kehabisan minyak n wang (seperti iklan tvc Felinna).. xtahu mna nak cari..hingga orang bayar duit camera.. tapi kami both cool je.. sbb apa sbb kami tahu n sentiasa memperingati sesama sendiri "kita akn dapat hadiah yg lebih besar nanti"

Dulu ramai cakap kenapa saya ambil keputusan berkahwin pada usia 24tahun sedangkan kewangan xcukup, karier masih xstabil and saya masih muda. Ikutkan nafsu syaitan mmg sayang nak tinggal zaman solo..tapi memikirkan yg berumahtangga itu keberkatan nya banyak pahala pun berganda.. saya sanggup hadapi risiko walau xada duit bersama suami.. 

saya tinggalkan kisah gembira hidup solo dahulu kala.. saya tinggalkan semua kisah silam utk menjadi seorang isteri dan tinggal bersama suami n kelurga di baling. Walau orang cakap Baling pendalaman tapi bg saya ia tempat yg cukup indah dengan orang2 yg baik2 semuanya.. 

Bagi saya untuk mendapat yg baik kita kena jadi baik.. Allah memberi mengikut apa yg hambanya beri... 
Kalau nak berjaya banyaklah berdoa.. walau kami hidup sederhana dulu tp kami tetap bahagia and bersyukur.. 

Kunci pada kejayaan adalah syukur dan hijrahlah kepada yg baik untuk mendapat yg lebih baik... 

Cerita ini untuk pengajaran bersama agar anda tahu yg Allah mendengar rintihan hambanya.. jangan mengeluh akan nasib diri.. berdoalah...

Alhamdulillah percaturan saya xsilap.. Allah maha mengetahui akan segalanya...

Sunday, September 8, 2013

Karaoke Di K-11 Box Karaoke & Entertainment Kuching Sarawak


K-11 Box Karaoke Pending & The Hills
K11 Karaoke Pending & The Hills Harga
K-11 Box Karaoke Pending & The Hills
Di hari minggu saya telah karaoke di K-11 Box Karaoke & Entertainment Kuching Sarawak untuk membuat latihan vokal memandangkan Akademi Fantasia 10 2013 telah bermula jadi demam untuk karaoke mula melanda...
K-11 Box Karaoke Pending & The Hills

K-11 Box Karaoke Pending & The Hills
Jadi saya telah membawa kazen2 saya untuk keluar melontarkan suara bersama-sama karaoke di K11 Karaoke & Entertainment Pending memandangkan K11 Karaoke & Entertainment The Hills penuh, maklumlah hari remaja memang penuh aje tempat karaoke ni...

Bilik disini tampak lebih "Eksklusif" & "Luas" dan berbanding dengan Kbox Embassy The Spring Kuching Sarawak yang agak "Kecil" dan ala-ala "Remaja" yang "Funky".


PS : Rasa nak buat satu bilik khas untuk Karaoke lah... Macam menarik je design bilik kat sini...

Sunday, September 1, 2013

Karaoke Di Kbox Embassy The Spring Kuching Sarawak

Karaoke Di Kbox Embassy The Spring Kuching Sarawak
Saya berkesempatan untuk Karaoke Di Kbox Embassy The Spring Kuching Sarawak untuk membuat latihan vokal kerana memang saya gemar untuk menyanyi. 

 Kbox Embassy The Spring Kuching Sarawak 

Jadi saya mengambil keputusan untuk memilih Kbox Embassy The Spring untuk melepaskan bakat yang terpendam selepas berkali-kali pusing di Kuching mencari tempat karaoke yang sesuai tapi semua penuh. 



Antara tempat yang saya survey ialah Track7 Karaoke di Pullman,  K11 Karaoke di The Hills, Pop Wave di Padungan namun semua penuh. Akhirnya kami terus ke Kbox Embassy The Spring.



Yang agak sedihnya saya dapat bilik yang agak kecil & tidak dapat ditukar kerana "fully booked" memandangkan hari sabtu adalah "hari remaja" menurut kata pekerja di kaunter tersebut. 
Harga Kbox Embassy The Spring Kuching Sarawak
PS : Menurut rekod ini ialah kali kedua dalam seminggu saya ke sini. Yang gambar baju merah ialah gambar selepas karaoke pada beberapa hari lepas. Hehe memang kaki karaoke betul~