Sunday, February 23, 2014

Kisah Kejayaan Pengasas MZ Secret Muhammad Zukermi

Kisah Kejayaan Pengasas MZ Secret Muhammad Zukermi ini dibawakan khas buat anda :



Berikut ialah gambar Muhammad Zukermi pada tahun 2012 ketika beliau bekerja dengan akak ini di gerai goreng pisang di tepi jalan di rembau. Pada masa tersebut Gaji Muhammad Zukermi hanya lah RM15. Makan pagi dan petang akak tersebut bagi.

Muhammad Zukermi sewa rumah yg agak usang dengan nilai RM100 di rembau 3KM ke tempat beliau bekerja dengan hanya berjalan kaki! 

2 bulan kemudian Muhammad Zukermi dapat tawaran bekerja dengan Hamizan Komeng Samm di bazar ramaddan dengan gaji RM20- RM25 sehari. Masa kerja dengan Hamizan Komeng (rakan niaga beliau kini).

Muhammad Zukermi dapat tilam percuma dari beliau sebab masa tu di rumah beliau hanya ada bantal sahaja. Tido atas lantai. Alhamdulillah ketika detik tinggal RM1 di dalam poket beliau, beliau telah melayari internet untuk belajar cara berniaga di internet dan akhirnya berjaya sehingga sekarang dengan izin NYA :)

Apa perasaan bergelar Jutawan? Itu antara persoalan yang sering diajukan kepada Muhammad Zukermi & berikut ialah jawapan beliau : 

Dulu masa saya susah, saya selalu terfikir, apalah perasaan bila tengok baki 7 angka dalam akaun bank.

"Mesti best kan jadi jutawan?" 

Ayat ni selalu terdetik dalam fikiran saya. Alhamdulillah, dengan izinNya, saya dah capai tahap itu. Jadi, apa perasaan saya sekarang, adakah ia sehebat seperti yang saya bayangkan dulu? .... 

Percaya atau tidak, nilai duit dalam fikiran kita sentiasa berubah-ubah tanpa kita sedar. RM10, secara dasarnya, ia tetap bernilai RM10. Tapi ketika kita ada RM0.10 saja, RM10 jadi besar nilainya. Bila kita ada RM100,000, kita lihat RM10 seperti kecil pula. ....

Duit ini bahaya sebenarnya, kita jadi mudah lupa diri. Percayalah, jika kita tak boleh nak bersyukur dengan RM1000, kita tetap tidak akan bersyukur bila ada RM1juta sekali pun. 

Jika kita tak pandai bersyukur, 

Bila ada RM1000, kita merungut tak boleh beli iPhone. 
Bila ada RM100,000, kita merungut tak boleh beli Ferrari. 
Bila ada RM1,000,000, kita merungut pula tak boleh bina menara 30 tingkat kita sendiri. .... 

Setiap hari saya akan cuba ingatkan kembali keadaan masa saya susah dulu, sebab saya takut tenggelam dalam dunia saya sendiri. Setiap hari kena ingatkan diri supaya bersyukur. Sebab sekali terleka, padah akibatnya 

Pesanan Muhammad Zukermi : "Untuk anda yang masih belum nampak cahaya kejayaan tu, jangan berhenti. Teruskan dan teruskan. Bila tiba masa anda pula, saya pasti anda akan HARGAI setiap kesusahan yang Allah swt dah susunkan untuk anda sekarang ini." Tanpa keperitan, hilang manisnya kejayaan 

PS : Dengan usaha gigih & doa kita pasti akan berjaya dengan izin NYA... :)